kisah lampau

yang aku miliki hanyalah sekeping hati

ketika aku meniti hidup ini keseorangan

aku hanyut dipukul gelombang

tewas dalam perjuangan…

frn

ku mencari di mana insan yg selama ini

meniti hidup bersamaku

ku mencari insan yang selama ini aku

dengari masalahnya

ku mencari insan yg selama ini mengalir

air matanya di hadapanku

ku mencari insan yg pernah ku

pinjamkan telingaku,hatiku,

masaku dan seluruh jiwaku,hanya utk dirinya

ku mencari insan itu…

kerana kini masanya aku dirundung

kekalutan

aku hilang arah

aku hilang tuju

aku mencari jalan

aku mencari tempat berteduh

dan akhirnya ku temui tempat utk berlindung

tetapi dia hadir bagai angin yg

memukul awan

setia di situ apabila mencurahkan hujan

lalu ia berlalu pergi setelah ia kosongkan

kandungannya

belum pun sempat basah di tubuhku kering

akhirnya aku pasrah

di hati ini tersematnya mutiara sejati

mutiara persahabatan sejati…

akan kekal abadi…

tetapi sayang

bukanlah utk selamanya

kerana di sini bukan persinggahanmu…

kita mengorak langkah bersama

bersama janji yg kita katakan

walaupun hanya utk sementara waktu

andai kau melihat pantai yg bersih dan damai

itulah diriku kini yg setia pada sebuah janji

hanya renungan membicarakan rasa hati

dan hanya renungannya

merenung kau pergi

sukar dimengertikan

hanya senyuman dapat ku ukirkan

hanya lambaian dapat ku iringkan

di saat perpisahan menghampiri kita

walau pahit ku telan jua

kerana ini suratan dari-Nya

hanya pada Illahi ku berdoa

rahmatilah perpisahan ini

dan juga persahabatan yang pernah terukir…

hanya kita mampu memahami

apa yg yg tersirat dlm kata2 ini

hanya kata2 ini mengabadikan

setiap pertemuan adanya perpisahan…..

Leave a comment